Tuesday, January 17, 2012

Mati Beramai-ramai

Memang dah lama tak update,,
Ni aku nak kongsi cerita sedih dan tragis pasal hamster aku.. lebih sedih dari citer Ombak Rindu..

Sebelum bercerita lebih lanjut, mari berkenalan dulu dengan hamster aku..

Korang ingat tak anak kepada Julie iaitu Cofee ni.?

Ini Cofee.. 

Sekarang ni dia dah jadi ibu dan ada 6 ekor anak.. Tahniah, Julie n Romie kerana dah ada cucu...

Ini anak-anak Cofee, warna sebiji macam bapanya, dan ada seekor warna macam Cofee..


Di dalam dakapan aku..



Tetapi semuanya bertukar menjadi tragis apabila, mungkin ini salah aku sebab aku pindahkan mereka ke rumah yang lebih bahagia umpama syurga.. 

Ibarat sebuah taman tema macam kat Genting Highlands tu.

Penghuni yang menghuni di dalam Home sweet home tu, tiga ekor warna putih dah asingkan dulu.

Ni kucing aku Timah..


First of all, kucing aku Fatimah ni, baru lepas beranak,
Ya, aku faham, haiwan yang baru lepas beranak ni, akan rasa lapar memanjang,,,

Pada malam tu, ketika semua adik-adik aku sedang tidur nyenyak, kucing aku masuk kedalam rumah mereka, ibarat Azrael dalam citer The smurf tu..

Dan telah makan hampir 7 ekor hamster aku, akhirnya tinggal 2 ekor sahaja yang masih selamat iaitu 
*Gambar yang di'mms'kan oleh adik aku.. tinggal dua ekor,
ni, ialah anak-anak Cofee, maknanya daripada anaknya yang 6 ekor tinggal 2 ekor, dan
yang paling sedih Cofee dah takde.. 

Berita ni walaupun nampak macam bodoh, tapi sedih bagi aku, sebab aku 
pelihara dorang dari kecil, dan setiap pagi kalau sebelum mandi atau pegi memanalah kan, 
aku mesti akan tengok dorang main...

 Tak boleh salahkan sesiapa pun, sebab kucing aku si Timah tu tak tahu pape,
yang dia tahu dia nak makan,, adik aku pula time tu tidur mati..
Sedih aku, sebab tak dapat tengok dorang membesar... 

Itu saja luahan hati aku.. Tima kasih ya, sebab membaca.. 

2 comments:

  1. Aduuuhh.....ngapain aku baca ini ya?jadi pingin nangis tauuuu....huaaaaa!!!!!!!!

    ReplyDelete