Tuesday, November 1, 2011

JULIE BERANAK LAGI

My hamster, Julie gave birth for the second time.

Look, there are six babies hamster. Aren't they cute? "Cute kepalahotakkau" this is what my sister said. Actually dia takut ngan anak hamster. Hahaha..


3 weeks. Baby Winter White Hamster.

Kesian Julie, baru besarkan anak dia yang batch pertama tu, dah kena jaga batch kedua ni pulak. enam ekor pulak tu. Semua ni salah aku sebab aku pergi campurkan Romie Si Jantan Miang dalam sangkar Julie. Konon-konon nak buat satu big happy family sebab ada anak-anak lagi. Tup tup, mengandung si Julie.
Nak buat macamane kan.. 

Takpe yang penting aku happy sebab makin meriah Romie's Family. Cehh..

Ok, thanks for reading my blog. :P

Thursday, October 13, 2011

HADIAH BUAT JULIE & ROMIE

Ni antara barang yang baru aku beli untuk hamster aku.. Konon-konon hadiah untuk Julie & Romie lah sebab baru berjaya dapat anak. :P



FIRST,
Aku bagi dorang hadiah Exercise Ball. Harga dalam RM10.90. Exercise ball ni penting untuk hamster korang. So takdelah bosan nanti. Korang boleh letak hamster korang dalam bola ni lepas tu tengok keterujaan dan keeksaited hamster korang main bola ni. Jangan korang sepak macam bola sudah. Dah letak dalam bola ni, tengok-tengok lah juga, nanti lepas ke mana ntah.. inalillah jawabnya hamster korang.. :D

Julie main lah puas-puas bola ni, setelah sebulan kau sarat mengandung. hehe

SECONDLY,
Aku bagi dorang bathroom ni. Harga dalam RM3.90 Bagi dorang mandi wajib kat dalam ni.. MUahahaha.. :D Macam aku kata dulu, korang akan tengok hamster korang guling-guling. Jangan lupa letaklah juga pasir dalam tu. Bukan pasir simen or pantai tu, ni pasir yang memang khas untuk hamster. :D


Mandi puas-puas ya. 


THIRDLY,
Aku bagi dorang bedding baru. Harga dalam RM8.90. Dah dapat anak, kena lah wangi-wangi. Sebelum ni aku pakai perisa Green Apple. Tapi sekarang pakai strawberi sumpah wangi. :D

Sumpah wangi macam strawberi. lalala



Gambar ni, ialah barang yang aku beli sebelum Julie beranak. Semua ni beli dekat Chubbypetsgarden.com.

1. Mealworm RM4.90
2. Pro Booster Supplement RM19.90
3. Alex Wood Hamster Cage RM38.00

Semua barang ni aku order online. Sebelum Julie nak beranak, aku banyak melaburkan duit beli barang-barang protein. Yang Pro Booster tu aku memang recommend kat korang. Hamster korang suka gila makan benda alah tu. Lagi satu boleh bantu hamster korang yang sakit contohnya selalu gugur bulu, tak lalu nak makan. SO, ia boleh membantu.

Mealworm tu pun sama. Sedap. Bawu macam keropok ikan. Serius. Depa confirm berebut punyalah bila korang bagi cacing goreng ni. Hahaha.

Cage tu aku beli untuk letak si Romie. Hahaha. 


*tak sabar nak balik rumah. Cuti Deepavali ni sebab nak jumpa KIM. entah macamane lah rupa dia kan. 
Nak tahu sapa tu KIM? nantikan.. cewahh.. 



JENIS-JENIS WINTER WHITE HAMSTER

Assalamualaikum,,,

Hye,
Today im gonna share with u all the types of winter white hamsters. And ni anak-anak hamster hasil daripada hamster ku Julie & Romie. ^^ Umur semua dalam 3 minggu. Memang susah sebenarnya nak snap gambar hamster. Cara nya aku bagi depa makanan. Terus tak ingat dunia. Aku apalagi snap ar cepat-cepat.

Name: Coffee
Sex: Female
Type: Winter White Normal


Name: Beyonce :D
Sex: Male O.o
Type: Winter White Sapphire



Name: Lemon Tea
Sex: Female
Type: Winter White Golden :D


Name: Milo
Sex: Male
Type: Winter White Golden


Hohoho, memang tak sangka dapat type winter white Golden. Comel an? ok ar bye. 

Tuesday, October 4, 2011

HAMSTERKU BERANAK

Assalamualaikum..
Dah lama juga tak update status..

Bukan malas ke apa, first of all busy dengan pameran seni. Pastu sejak dah tukar blok asrama yang baru, yang tiada wi-fi menyukarkan lagi untuk aku update blog.

Berita Gembira!! *gembira lah sangat

Hamster aku Julie akhirnya selamat melahirkan anaknya. Kesemuanya 6 ekor, tapi seekor mati masa lahir jadi tinggal 5 ekor. 6- 5 = 1

Seronok aku setelah penat dengar ceramah kat dewan, balik dan terkejut nampak anak hamster kat bawah gelongsor. Aku apa lagi dengan terjerit macam orang gila terus kol ibu aku untuk share pasal ni. Lepas tu, cepat-cepat alihkan si Romie (bapak dia) kat cage lain..

Nak tengok tak?

Sebelum beranak...


Julie macam dah tak larat nak main wheel..

Tanggal 20 september, akhirnya beranak.. ada 5 ekor..

Julie tenga menyusukan anaknya yang tersayang dan tercomel..



Yang ni dah seminggu,, dah nampak kaler dah.. 

Tetiba terdetik kat hati, camner boleh dapat coklat ni? mak kelabu, bapak kelabu asap sikit,, anak keluar dapat coklat.. yehuuuuuuuu!! dapat genetik baru warna cokelat.. suka gile..


Berita sedihnya, setelah seminggu lebih seekor daripada dorang mati jadi total sekarang ada 4 ekor je.. mati sebab apa tah.. tapi yang aku dapat lihat,, semasa yang lain tu dah besar macam ibu jari, sekor tu je kurus macam jari kelingking.. kesian.. 


Yang ni gambar dorang yang dah nak masuk dua minggu.. dah ada bulu dan dah pandai makan.. Nama tak bagi lagi.. haha.. tenga fikir..

Tapi dalam list sekarang, yang dua ekor coklat tu nak bagi nama
LOLI dan KIKO.



Yang gelap ni rasanya nak bagi nama Beyonce.. *sebab minat giler kat Beyonce.. :)

Yang kelabu sikit macam bapak dia, nak bagi nama Deborah.. hahaha.. ok tak? Miss Malaysia tu.. 

Saja takde keje nak bagi nama tu.. 


Hasilnya, aku akan ternak hamster lagi.. hahaha.. seronok pula bila dah ada anak hamster.. meriah cage tu.. tapi Romie belum lagi jumpa anak dia dah dua minggu tak bagi dia jumpa sebab takut dia makan anak dia,...

Oklah,, tu je untuk entry kali ni.. So tipsnya jaga hamster korang elok elok k.. Semoga hamster korang and korang sihat walafiat.. bye! :)

Monday, September 12, 2011

HAMSTERKU SARAT MENGANDUNG

Aduh,, makin nerves bila tengok keadaan Julie sekarang. Dah makin bunting.
Bila-bila masa je akan beranak. Cage baru tak sampai lagi. Dah order. Sebab apa ek lambat sangat sampai..

*setelah berfikir panjang


Oh, sampai kiamat pun takkan sampai barang yang kau pesan kalau kau belum bayar. Hahaha. Berbisik hati kecil aku. Besok baru aku pegi bank in.

Tetiba rasa macam ayah yang nak sambut kelahiran anaknya. Wahh,, aku kena bersedia ni.

Kalau hamster kita beranak apa yang kita perlu dan tak perlu buat:

PERLU BUAT
- Firstly, bagi dia makan makanan yang ada PROTEIN tinggi salah satu cara ialah dengan bagi dia makan telur rebus TAPI telur putih je ye. Kalau malas nak rebus telur bagai, celup kan sedikit roti dalam susu. Kalau malas lagi, beli makanan hamster yang memang ada protein tinggi seperti kuaci dan seafood.

Ni makanan seafood tu, ada ikan bilis n sotong lagi. Harga ni dalam RM15


Yang ni makanan tambahan untuk ibu-ibu hamster yang sedang mengandung. Bagus ni harga dalam RM19.90 kalau tengok kat Chubbypetsgarden .com


- Secondly, korang kena tukar siap-siap bedding sebelum dia beranak. Kena pandai-pandai countdown. kalau dwarf hamster macam aku punya perlukan masa lebih kurang 30 hari. Kalau syrian hamster ambil masa dalam 15-17 hari. 


JANGAN
-Bila hamster dah beranak, jangan pegang anak depa. 
-Pisahkan jantan. Sebab tulah aku beli cage baru.
-Jangan kacau si betina tu nanti dia stress dan ended up dengan makan anak depa.


Haish, tak sabar pulak nak dapat anak hamster. Mest comel. ^^ Hamster korang macamane ok?

Julie yang tenga sarat mengandung. Cian dia. 


Ok, bye. Thanks for reading. ^^


Sunday, September 11, 2011

BATHING SAND UNTUK HAMSTER

MY Hamster named JULIE.

Pagi tadi bangun, tetiba rasa nak amik gambar hamster. Mengigau agaknya. Hahaha. Yang bestnya, pandai hamster aku ni posing. Yang jantan dok tidur berdengkur kat dalam rumah. Si betina ni asyik dok makan main guling-guling kat pasir.

Ni gambar Julie. Cute tak?

Nom,nom,nom.. ^^


Tengah makan. Cutenya? *macam hamster aku sorang je cute.

Alolo, Julie diam je walaupun dipegang. Memang pandai posing. :D


Hey, korang ada beli tak bathing sand untuk hamster korang.? sebenarnya bathing sand ni pun penting. Kiranya korang takyah mandikan depa pun takpe. Lagipun hamster ni kan takut air. Korang letak je bathing sand kat dalam bekas ke, nanti korang akan tengok depa main guling-guling. COmel ya amat. Siyess.. Comel sangat. Macam bebola yang digaul-gaulkan kat dalam tepung. Hahaha.

Pasir hamster ni wangi. ^^

Ada macam perisa. Tapi bukan untuk makan. Untuk wangikan hamster korang. 

kalau nak tengok contoh lagi boleh KLIK SINI ^^

OK, bye. 

Saturday, September 10, 2011

BENDA PENTING UNTUK HAMSTER

Sebab pertama aku bela hamster sebab kat hostel ni bosan. Tak tahu nak buat apa. Buat assignment lagilah malas. Hahaha. Pelajar Cemerlang memang camni. So, sebab tulah rasa macam nak bela binatang je. Nak bela kucing, meragam memanjang. Kencing yakyak merata. tak pasal2 kena marah dengan warden. :D

Conclusionnya, bela hamster lagi bagus. Sebab nak jaga senang, takde lah bising sangat. Hamster ni depa ada personality sendiri. Tu yang best. Cam orang je. :D

So, firstly kalau nak bela korang mesti kena sediakan:

Sangkar hamster :D. Jangan jadi macam aku yang tetiba beli hamster, pastu letak dalam kotak. Tapi sekarang dah ada dah sangkar hamster. Dan akan beli sangkar baru dari chubbypetsgarden. Nak pisahkan jantan sebab depa dah mengawan. :D

Antara sangkar yang menjadi kegilaan aku *nasib baik tak gila adalah:-

Mahal oh, cage ni.. Critter Trail X.. Sapa ada ni? 

Walaupun cage ni simple, tapi unik.. :)


Wahh,, banglo.. kalau ada duit lebih, sumpah nak beli camni. hehehe..

Secondly, kena sediakan bedding. Makesure bedding yang korang beli tu sesuai. Jangan guna bedding dari pine atau cedar tau. N lagi satu sebenarnya guna surat khabar lama pun tak leh. Sebab ink yang dorang cetak tu boleh bagi hamster korang sakit. Kesian hamster tu nanti. 

Thirdly, botol minum dorang dan bekas makanan. Kadang2 kalau korang beli hamster cage, memang dah dapat siap sekali.  Dah ada botol n bekas makanan takkan nak buat hiasan je dalam sangkar. letaklah makanan kat situ. Makanan pun ada pantang larang. Bukan main sedap je bagi kat hamster korang. :)

Bila dah ada tu semua, last skali beli barang mainan untuk dorang. Beli roda ke. hamster ni binatang yang aktif. Nak pilih roda pilih yang silent wheel punya. Bukan macam aku pegi beli roda punya lah memekak. sampai nak tidur malam pun takleh, last2 kena marah ngan nenek aku. :(

Ok, kalau dah ada barang tu semua korang boleh bela hamster dah. tu je info kali ni,, see u! ^^




TUNNEL UNTUK HAMSTER

Halo,

Kali ni Azz nak share cara nak buat tunnel untuk hamster korang. Hamster kan suka meng'explore' . Depa mesti happy sebab dapat masuk dalam terowong. Benda ni korang takyah beli. :D Buat sendiri pun boleh. Entry lalu Azz dah share cara nak buat sangkar hamster guna kotak. Korang dah cuba? Senang kan?

Ok, untuk buat tunnel ni, korang kena sediakan..


Lagi satu korang kena sediakan cellophone tape atau hot glue gun. :D 
Dah sedia? Jom kita start..

First, amik botol air macam ni. Potong bahagian atas dan bawah botol.

Hasil dia, korang akan dapat macam satu terowong kan? tapi terowong tu terlampau besar. Kalau korang bela syrian hamster ok kot. Pastu, potong tengah-tengah macam kat gambar tu.

Bila dah gunting, korang boleh kecil kan, ikut saiz hamster korang. 

Pastu, amik hot glue gun atau cellophone tape. Korang lekatkan ikut saiz korang buat tadi.

Pastu, nanti korang boleh buat banyak2 pastu sambungkan.

Cantumkan, ikutlah kalau nak panjang lagi, kumpul botol banyak2 pastu buat terowong untuk hamster.
Jadi, dah siap! ^^

Tengok tu, Romie tengah main dalam terowong. 


Ok, bye.! :D 
senang an? hahaha..

Friday, September 9, 2011

SANGKAR HAMSTER DARI KOTAK

Entry kali ni, Aku nak share cara-cara buat cage hamster dari kotak. Hah betul ke? macamane? hamster tu tak gigit ke kotak tu?

Ok, hamster cage ni, aku buat dari kotak. Nak buat ni, kena kretif sikit lah. Tak kreatif pun takpe. Nanti Aku bagitahu cara-caranya. Aku buat hamster cage ni pun sebab sementara nak beli cage baru. :D
Percaya lah, hamster korang tak gigit punya kotak yang korang buat, asalkan dalam kotak tu korang letak mainan untuk hamster korang.

First, kena ada alat & bahan seperti:

  • Kotak -bahan utama. Kalau boleh kotak tu besar lah. Kalau nak kecik pun boleh. Tapi janganlah kecik sangat sampai hamster tu nak bergerak pun tak boleh. Yang penting kotak tu tebal ya.
  • Gunting/ Pisau lipat
  • Cellephone tape
  • Kertas lutsinar - kertas ni yang korang guna untuk cover depan assignment tu. Plastik pembalut buku pun boleh :D



First, korang lukis bentuk segi empat tepat pada kotak yang korang pilih. Yang ni, aku guna kotak Febreeze. haha. Ikut contoh, kat atas tu. Potong guna pisau lipat lagi senang. 

Bila korang dah potong, korang letak plastik lutsinar tu. Kepada korang yang guna pembalut kertas tu. Pastikan plastik tu tegang. Lekatkan dari bahagian dalam guna cellophone tape. Macam gambar kat atas tu. 

So, dah siap. Nampak macam ala-ala televisyen. Nanti korang boleh lah tengok hamster korang walaupun korang letak dia dalam kotak. Pastu,  letaklah roda, makanan and minuman dia. Senang kan? 
So, kalau nak jimat, buatlah sendiri. Hehehe. Aku punya still tahan dah seminggu lebih. Takde kesan gigitan hamster pun ^^
Cuba ar. *ceh macam ada orang nak cuba je. 


Macam puppet show ^^


Best dapat rumah besar. Next entry aku akan share cara nak buat tunnel hamster. Nanti boleh letak macam kat tepi kiri dan kanan kotak tu. TUNGGU au. Bye!
                                 

Thursday, September 8, 2011

PETS ONLINE SHOP MALAYSIA

Memandangkan aku stay kat hostel and jarang keluar, jadi kalau nak beli apa-apa terutamanya barang-barang hamster, apalagi saya akan shopping online. Kat sini saya senaraikan laman web yang anda boleh beli pastu taknak belah pun takpe :D . Kat situ boleh beli barang macam-macam untuk binatang kesayangan kita termasuklah makanan, eksesori dan sebagainya. Jimat masa. Nanti depa akan pos guna pos laju. huhu. Tapi kalau korang nak beli binatang, agak-agaklah. Nanti depa pos mayat binatang. Korang dapat tunggu untuk tanamkan je. :D

So, antara laman web yang korang boleh kunjung antaranya yang korang boleh KLIK adalah:


1. Chubby Pets Garden




Bila korang dah buka, korang kena sign up dulu. Pastu pilih je barang2 yang korang nak dengan tekan Add to Cart. Pastu checkout. Senang kan. Boleh pilih cara bayaran yang korang suka. Saya prefer bank-in. 


So, tunggu apa lagi. OK, Bye~

HAMSTERKU YANG COMEL

Memperkenalkan hamster cute saya!

Hamster saya jenis dwarf hamster je. Saya suka hamster yang kecik-kecik sebab dorang semua cute naknya bila time tido. Macam-macam gaya ada. Ada yang kuak lentanglah, ada yang tido kepala kat bawahlah. Tak caya? tengok gambar kat bawah ni. *hasil google.

alolo, comelnya. Rasa nak pijak-pijak. :D

Cute an?

Ni pula rasa macam nak makan je.

Saya ada 4 ekor hamster jenis winter white n winter pearl n winter sonata (ada ek?:P). Nak jadikan cerita,  terbeli hamster ni tanpa dirancang. Masa petang tu, nak teman kawan pegi beli barang-barang untuk buat arca. Yes, im art student. Pastu, ternampaklah kedai binatang. Alang-alang tu suruh dia singgah kat situ jap. Tanpa diduga, ternampak hamster yang banyak dalam balang, semua cute2. Apalagi, kemudian TERbeli. Nasib ada "ter" boleh dimaafkan. Beli dua ekor je sepasang RM16. Gila murah. 

Yang betina namannya JULIE, yang jantan ROMIE. (konon-konon romeo & juliet ah).

Ni gambar dorang

Julie tengah makan timun.

Julie n Romie tenga tidur sambil mengimpikan satu basket buah-buahan.


Dari dua ekor, teringin nak beli lagi sepasang. Pastu, haritu saya ajak kakak saya pegi mid valley. Singgah jap kat Pets Wonderland. Hajat hati sebenarnya nak shopping hamster punya accesories, pastu TERnampak sesuatu yang cukup comel. Apalagi pegilah beli. TATAPIII, harganya mahal. seekor je dah RM25. Takpe nak jugak. Terus beli. wee~~

Nama dorang Kim and Princess. 

Princess ^^ jenis winter white

Kim tengah rehat. Jenis Winter Pearl.

So, comel tak hamster saya? *konon dia sorang jelah yang ada hamster comel.