Thursday, October 13, 2011

HADIAH BUAT JULIE & ROMIE

Ni antara barang yang baru aku beli untuk hamster aku.. Konon-konon hadiah untuk Julie & Romie lah sebab baru berjaya dapat anak. :P



FIRST,
Aku bagi dorang hadiah Exercise Ball. Harga dalam RM10.90. Exercise ball ni penting untuk hamster korang. So takdelah bosan nanti. Korang boleh letak hamster korang dalam bola ni lepas tu tengok keterujaan dan keeksaited hamster korang main bola ni. Jangan korang sepak macam bola sudah. Dah letak dalam bola ni, tengok-tengok lah juga, nanti lepas ke mana ntah.. inalillah jawabnya hamster korang.. :D

Julie main lah puas-puas bola ni, setelah sebulan kau sarat mengandung. hehe

SECONDLY,
Aku bagi dorang bathroom ni. Harga dalam RM3.90 Bagi dorang mandi wajib kat dalam ni.. MUahahaha.. :D Macam aku kata dulu, korang akan tengok hamster korang guling-guling. Jangan lupa letaklah juga pasir dalam tu. Bukan pasir simen or pantai tu, ni pasir yang memang khas untuk hamster. :D


Mandi puas-puas ya. 


THIRDLY,
Aku bagi dorang bedding baru. Harga dalam RM8.90. Dah dapat anak, kena lah wangi-wangi. Sebelum ni aku pakai perisa Green Apple. Tapi sekarang pakai strawberi sumpah wangi. :D

Sumpah wangi macam strawberi. lalala



Gambar ni, ialah barang yang aku beli sebelum Julie beranak. Semua ni beli dekat Chubbypetsgarden.com.

1. Mealworm RM4.90
2. Pro Booster Supplement RM19.90
3. Alex Wood Hamster Cage RM38.00

Semua barang ni aku order online. Sebelum Julie nak beranak, aku banyak melaburkan duit beli barang-barang protein. Yang Pro Booster tu aku memang recommend kat korang. Hamster korang suka gila makan benda alah tu. Lagi satu boleh bantu hamster korang yang sakit contohnya selalu gugur bulu, tak lalu nak makan. SO, ia boleh membantu.

Mealworm tu pun sama. Sedap. Bawu macam keropok ikan. Serius. Depa confirm berebut punyalah bila korang bagi cacing goreng ni. Hahaha.

Cage tu aku beli untuk letak si Romie. Hahaha. 


*tak sabar nak balik rumah. Cuti Deepavali ni sebab nak jumpa KIM. entah macamane lah rupa dia kan. 
Nak tahu sapa tu KIM? nantikan.. cewahh.. 



1 comment: